Kita lihat
sendiri apa yang berlaku di negara kuasa besar seperti di Amerika iaitu atas
nama kebebasan manusia maka wujudlah perkahwinan sejenis atau sesama jantina
telah di luluskan secara melalui undang-undang.
Di negara
Belgium misalnya sudah lama wujud dimana pekerja hospital diberikan kuasa
mematikan pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk diubati. Ini seolah-olah
mereka diberikan lessen rasmi untuk mematikan manusia.
Berbalik
kepada suasana kita di negeri Sarawak dimana orang-orang percaya kepada Kristus
dalam keadaan yang boleh dikatakan selesa. Meskipun sejak akhir-akhir terdapat
beberapa kekangan dari segi penggunaan nama ‘Allah’, Alkitab didalam bahasa
Melayu di haramkan penggunaannya, isu-isu permurtadan seorang pelajar sekolah
di Miri dan beberapa isu lain yang tidak mendapat liputan di dalam media
sosial.
Tujuan
perkongsian kali ini mahu mengajak pembaca khasnya orang-orang percaya kepada
Kristus yang tinggal di Sarawak supaya terus memperhatikan dan bertindak
sewajarnya ke atas satu perkara penting yang akan berlaku kepada negeri kita
iaitu pilihan raya negeri yang akan tiba tidak lama lagi.
Untuk sekali
ini, saya ingin sungguh-sungguh mengerakkan setiap orang percaya kepada Kristus
supaya berdoa, berdoa dan mulai berdoa untuk pilihanraya negeri Sarawak. Inilah
senjata yang paling ampuh dan berkuasa Tuhan kurniakan kepada kita setiap yang
percaya bagi mematahkan segala tipu daya iblis, segala perancangan jahat dan
mengalahkan segala kuasa kegelapan. Kita berdoa untuk pemimpin-pemimpin negeri
yang takut akan Tuhan dan percaya kepada Kristus lebih-lebih melalui
pemimpin-pemimpin ini nanti Injil Kristus akan tersebar ke serata negeri,
dimana warganya berpaling kepada Kristus dan senantiasa mencari wajah Tuhan.
Tiada yang mustahil. Ini tugas kita orang-orang percaya. Mulailah berdoa.
sarawakdoaku.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.