Sunday, 3 June 2018

SALAM KEBENARAN, SUKACITA DAN DAMAI SEJAHTERA buat semua sidang pembaca yang setia.

Pada 26 Mei 2018, saya telah dijemput berkongsi firman Tuhan dalam sebuah kem rohani ISCF sebuah sekolah di bandaraya ini. Saya telah berkongsi topik iman iaitu ketergantungan dan kepercayaan penuh kepada Tuhan. Di kesimpulan pada penghujung perkongsian itu, saya menyatakan bahawa Bapa yang di Syurga tidak pernah gagal mengasihi kita semua.

Pada renungan kali ini, saya membawa para pembaca yang dihormati sekalian kepada petikan firman Tuhan didalam Yeremia 33:3. Firman Tuhan ini sungguh signifikan buat kita semua. Bagi umat yang sedang mengalami banyak percubaan, cabaran dan kesesakkan hidup, janji Tuhan pada petikan firman ini sangat melegakan. Janji pemulihan bukan semata terletak pada respon Tuhan atas jeritan minta tolong umat yang menderita, melainkan pada rencana kekal Tuhan yang sedang Dia wujudkan. Memang tidak terfahami (Yeremia 33:3) namun kekuasaan dan kesetiaan Tuhan, seperti yang terungkap dalam nama-Nya, yang menjamin bahwa Dia pasti menggenapi semua janji-Nya (Yeremia 33:2). Bila ayat sebelumnya mencatatkan pemulihan umat Tuhan dari sisi kemaha kuasaan Tuhan, maka petikan firman ini memperlihatkan inisiatif Tuhan memulihkan umat-Nya. Umat Tuhan dipanggil untuk menyaksikan dan mempercayai tindakan-tindakan Tuhan yang tidak terfahami (Yeremia 33:3), serta bagaimana Dia mengembalikan umat-Nya pada keadaan yang semula (Yeremia 33:7).

Pertama, kesan perang yang menyengsarakan umat Tuhan, yang Dia timpakan di dalam murka-Nya kepada kota Yerusalem dan penduduknya (Yeremia 33:4-5, 10, 12a), dipulihkan. Kesihatan, kesejahteraan, dan keamanan akan menjadi harapan baru Yerusalem (Yeremia 33:6). Kedua, Allah menghapuskan dosa yang begitu menjerat umat pada masa lampau (Yeremia 33:8). Hasil pemulihan itu di satu sudut telah menimbulkan sukacita dan sorak sorai umat Tuhan dalam bentuk ibadah syukur di rumah Tuhan (Yeremia 33:11). Manakala di sudut lain Tuhan dipermuliakan dan dihormati segala bangsa (Yeremia 33:9).

Semua ini menjadi petunjuk kuat akan kepedulian dan kasih Tuhan yang tidak pernah pudar atas umat-Nya. Betapa pun jahat dan najisnya mereka karena pelanggaran dan dosa mereka, sehingga harus dihukum Tuhan dengan dahsyat tetapi Tuhan tetap menginginkan pertaubatan sehingga Dia senang sekali mengampuni dan memulihkan mereka. Karena itu, jangan pernah mensia-siakan kesempatan untuk bertaubat.

Pesan melalui petikan firman Tuhan ini didalam Yeremia 33:3 ini memberitahu kita semua bahawa Bapa kita yang di Syurga tidak pernah gagal mengasihi kita semua. Dia peduli dan mengasihi kita semua yang ingin kembali bertaubat dan menyerahkan seluruh hidup kita kepadaNya.

Renungkan: Saat kita masih berdosa, Yesus sudah mati untuk menebusnya. Saat kita masih menjadi seteru-Nya, Dia telah mendamaikan kita dengan Bapa (Roma 5:8, 10).

Lokasi gambar: Rh Panjang Tabong, Pantu.

03 Jun 2018

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Popular Posts