‘Ketika kudengar berita ini, duduklah aku menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa ke hadirat Tuhan semesta langit’ Nehemia 1:4.
Terdapat banyak faktor yang membuat seseorang menangis dan biasanya orang menangis untuk hal-hal yang berhubung langsung dengan diri sendiri. Contohnya menangis kerana menderita sakit, kehilangan ahli keluarga, ditimpa musibah, putus hubungan dan juga gagal dalam peperiksaan dan banyak lagi.
Berbeza dengan tangisan yang dialami oleh Nehemia. Dia menangis apabila mendengar berita tentang Jerusalem dan penduduknya yang sedang ditimpa kesusahan pada ketika zamannya. Nama Nehemia bermaksud menyenangkan hati Tuhan. Di manakah Nehemia saat umat Jerusalem menderita? Dia tinggal jauh dari Jerusalem kerana menjadi salah seorang yang diangkut ke pembuangan di Babel dan dia bekerja sebagai juru minuman raja pada masa pemerintahan Artahsasta, Raja Persia. Begitupun apabila dia mendengar berita menimpa bangsanya, hati Nehemia menangis pilu. Pernahkah hati saudara/I menangis pilu apabila mengenangkan bangsa-bangsa kita? Dengan pelbagai cabaran, dugaan dan pancaroba yang menekan, konflik, penghinaan, perpecahan dan isu-isu sensitive yang terusan menerjah bangsa kita.
Melalui Nehemia, kita belajar supaya mempunyai hati terbeban bagi bangsa-bangsa kita. Jangan pernah berkata bahawa tugas dan beban ini hanya terletak kepada pemimpin-pemimpin tertentu sahaja. Sebaliknya, kita semua yang telah percaya berdoa kepada Tuhan untuk kesejahteraan bangsa dan negara tercinta. Ketika Nehemia berdoa untuk Jerusalem, doanya pun dijawab oleh Tuhan. Oleh kerana campur tangan Tuhan tembok Jerusalem dapat dibangunkan dan Kota Jerusalem dipulihkan. Apabila setiap orang percaya dan beriman bersungguh-sungguh berseru serta berdoa kepada Tuhan, seburuk apapun keadaannya, Tuhan itu sanggup memulihkan.
Mari kita berdoa untuk bangsa-bangsa kita.
Salam sarawakdoaku.
08 September 2019
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.