Negara SARAWAK merdeka pada 22
JULAI.
Buat pertama
kalinya setelah sekian lama tarikh keramat 22 Julai yang sudah hampir dilupakan
iaitu Sarawak pada suatu ketika dahulu adalah merupakan sebuah Negara yang
berdaulat.
Kerajaan
negeri Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak sekarang ini pada 20 Mei 2016
iaitu buat julung kalinya telah meluluskan cuti umum sempena meraikan
kemerdekaan Negara Sarawak.
Sempena julung
kali kita merayakan kemerdekaan ini, marilah kita semua berdoa untuk seluruh
penduduk Sarawak Ibupertiwiku ini;
1)
Injil Kristus akan terus di
khabarkan dan di sebar luas kepada seluruh rakyat yang tinggal di tanah bertuah
ini.
2)
Keselamatan yang ditawarkan oleh
Kristus diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
3)
Transformasi rohani terjadi
dimana setiap orang percaya kepada Kristus akan bersatu di dalam iman yang
satu, Gereja-gereja Tuhan dan pemimpin-pemimpinnya kembali bersatu demi
kemuliaan nama Kristus.
4)
Setiap individu, keluarga dan
masyarakat akan mengalami pemulihan yang menyeluruh, penyegaran yang luar biasa,
sukacita syurgawi, damai sejahtera dari Kristus.
5)
Sarawak ibupertiwi akan terus menikmati
dan diberkati dari segi politik yang matang, masyarakat yang berintegriti,
kemakmuran ekonomi yang dinikmati bersama dan keadilan sosial bagi seluruh
masyarakat. Tiada seorangpun akan ketinggalan. Amen.
Inilah
perkara-perkara asas yang menjadi doa kita semua. Doa, doa dan terus berdoa
sampai maranatha.
Terima kasih
kerana menyokong
BLOG:
sarawakdoaku.blogspot.com dan
PAGE: Sarawak doaku.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.