Thursday, 17 May 2018

Salam kebenaran, sukacita dan damai sejahtera Tuhan Yesus Kristus. Puji Tuhan dengan kesempatan berkongsi kebaikan Tuhan bersama mereka yang haus akan firman Tuhan di Rekap, Benuk. Saya berkongsi dari Lukas 18:9-14. Berikut dibawah adalah rangkuman perkongsian.

Orang Farisi begitu luar biasa dalam memandang dirinya sendiri. Mereka bukan hanya menganggap dirinya sendiri sebagai orang yang paling "bernilai" di hadapan Tuhan, tetapi juga mampu memberikan penilaian terhadap orang lain. Dalam doanya, teks ini mengisahkan seorang Farisi yang merasa pantas melakukan penilaian seperti itu di hadapan Tuhan (Lukas 18:11).

Ini sangat berbeza dengan pemungut cukai, yang dalam komuniti kandangkala itu dituding berperilaku buruk dan jahat. Sebaliknya Si pemungut cukai memiliki kerendahan hati dan takut akan Tuhan. Pemungut cukai itu bahkan tidak berani "memandang" Tuhan, karena menyedari betapa dirinya benar-benar tidak layak (Lukas 18:13).

Tuhan Yesus memaparkan kedua tokoh ini untuk menegur kebiasaan orang Farisi yang suka menilai diri sendiri lebih berharga dari orang lain. Padahal menurut Tuhan, mereka yang meninggikan diri justeru akan direndahkan, dan sebaliknya yang merendahkan diri akan ditinggikan (Lukas 18:14).

Melalui perumpamaan ini, Tuhan mengajar dan menegur semua kita bahawa orang yang sungguh-sungguh bertaubat, tidak datang kepada Tuhan dengan kebanggaan diri tetapi merendahkan diri serta tunduk akan keterbatasan diri akan diterima Tuhan. Tuhan melihat hati dan memandang kejujuran lebih berharga daripada sikap yang meninggikan diri. Inilah cara pandang Tuhan Yesus yang menjadi salah satu hal yang tidak mudah difahami oleh masyarakat pada ketika itu termasuk para agama Yahudi dan Farisi. Mereka beranggapan dengan menyatakan kebaikan kebaikan diri sendiri dapat memenangkan hati Tuhan.  

Dewasa ini, masih ada yang memiliki pola pemikiran seperti orang farisi, yang lebih mementingkan hal-hal lahiriah daripada kejujuran hati, merendahkan diri dan pengakuan diri. Betapa berbeza dari cara pandang Tuhan dalam melihat umat-Nya. Maka kita orang percaya perlu memiliki cara pandang yang sama dengan Tuhan iaitu senantiasa merendahkan diri di hadapan Tuhan.

Mei, 17, 2018

17 May 2018

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Popular Posts