Thursday, 10 May 2018

Shalom semua dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Damai sejahtera, sukacita dan kebenaran senantiasa bersama kita orang percaya.

Tahniah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Kuasa rakyat telah terbukti untuk memilih pemimpin dan parti yang akan memerintah Negara ini untuk lima tahun akan datang.

Sebagai orang percaya kepada Kristus, tugas kita adalah terus berdoa untuk kepimpinan yang terbentuk ini agar menjalankan tugas dengan penuh adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang rakyat.

Lebih daripada itu, kita berdoa agar mereka semuanya dipimpin oleh Roh yang takut akan Tuhan, takut akan dosa dan tidak melakukan pelanggaran pelanggaran yang menjadi kekejian bagi Tuhan. Kita turut berdoa kepada pemimpin pemimpin Kristian yang terpilih supaya menjadi contoh yang baik kepada rakyat, teladan yang berguna dalam memberikan khidmat dan tetap teguh setia beriman kepada Kristus.

Biar kehendak Tuhan terjadi di bumi Malaysia tercinta.
Matius 6:9-13

Ini kesatuan doa kita.

10 Mei 2018
Tulisan sewaktu upacara angkat sumpah PM kali ketujuh.

10 May 2018

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Popular Posts