Damai sejahtera Tuhan Yesus Kristus menyertai
kita semua.
Dalam kehidupan dunia yang serba moden ini,
manusia terdedah dengan pelbagai situasi yang memerlukan penguasaan diri yang kukuh
dan teguh. Tanpa penguasaan diri yang betul dan tenang dalam setiap situasi
boleh menyebabkan kita hilang kewarasan diri dan pertimbangan yang wajar dalam
segala tindakan dan perbuatan.
Firman Tuhan didalam Galatia 5:22-23 menyebut
tentang penguasaan diri dalam buah roh. Penguasaan diri adalah pemberian Tuhan
kepada setiap yang percaya dan menyembah Dia. Selanjutnya, penguasaan diri
adalah juga ketetapan hati dan fikiran untuk menahan dan mengendalikan diri
sendiri agar bereaksi, berfikir dan bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan.
Penguasaan diri di dalam Tuhan yang meliputi aspek;
1)
Emosi
diri (Amsal 29:22)
2)
Perkataan
yang keluar dari mulut (Amsal 18:21 dan Efesus 4:29)
3)
Hawa
nafsu (Kolose 3:5)
Secara kesimpulannya, penguasaan diri sangat
penting bagi kita orang-orang percaya supaya kita tenang dalam menghadapi apa
jua situasi dalam hidup kita samada baik atau buruknya sekalipun. Mengawal diri
dengan tenang dapat menghindari diri kita daripada melakukan dosa dan dengan
penguasaan diri yang tepat dalam setiap situasi dapat mempengaruhi hidup orang
lain.
Kuasai diri sendiri dalam penyertaan Tuhan.
04.11.2018
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.