Wednesday, 13 January 2016

SARAWAK memilih 2016.

Saya mulakan perkongsian berdasarkan kenyataan diatas. Sarawak memilih tahun 2016 iaitu akan melalui proses pilihanraya untuk memilih kerajaan yang akan memerintah untuk lima tahun akan datang.

Pada ruangan ini saya bukanlah untuk membuat ramalan parti mana yang akan menang atau mengajak para pembaca menyokong mana-mana parti.

Kali ini, apa yang ingin kongsikan secara dasar kepada setiap orang yang percaya kepada Kristus, adalah mulai berdoa kepada Tuhan meminta pimpinan Tuhan untuk seluruh rakyat Sarawak yang akan memilih.

Kita berdoa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan memohon;

i)                   Kepimpinan yang akan takut akan Allah.
ii)                Visi dan misi yang diperbaharui supaya Injil Keselamatan Allah bersabda kepada seluruh rakyat.
iii)              Setiap rakyat berbalik daripada perlanggaran dan berpusu-pusu mencari wajah Tuhan.

Mari kita mengerakkan daya upaya kita mendirikan semula rumah doa di tempat kerja, sekolah, kolej, universiti, bandar dan di luar bandar.

Tiada yang mustahil – Imannuel Allah berserta kita.




13 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Popular Posts