Monday, 22 January 2018

Shalom semua yang dikasihi Tuhan Yesus Kristus. Ini merupakan catatan yang kedua pada tahun ini mengenai Pilihanraya Umum Negara kita yang akan diadakan pada tahun ini.

Seperti yang saya pernah catatkan sebelum ini, saya tidak mengajak saudara-saudari untuk menyokong mana-mana calon atau parti dan juga tidak sama sekali saya berkempen untuk mana-mana individu atau parti dalam ruangan ini.

Apa yang menjadi fokus ialah apa yang boleh dilakukan oleh semua orang percaya dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini iaitu persediaan kita dari segi rohani iaitu peperangan rohani.

Negara kita ini terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan tradisi. Begitu juga rakyatnya mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan. Dalam suasana sekarang kita orang-orang percaya (Kristian) sedang beperang di dalam roh. Jikalau kita sedang berdoa maka kepercayaan agama lain juga turut berdoa. Peperangan rohani ini tidak kita nampak secara fizikal tetapi didalam roh.

Sudah pastilah kita sebagai orang-orang percaya turut memohon kepada Tuhan Yesus Kristus iaitu sebuah kepimpinan yang Tuhan rencanakan untuk memimpin negeri ini ke arah yang Tuhan ingini. 

Rasul Paulus menulis kepada mereka di Efesus 6:10-18 mengenai perlengkapan rohani dalam menghadapi peperangan rohani;

Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis. karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.

Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu. Jadi berdirilah tegap, berikat pinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera; dalam segala keadaan pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan dapat memadamkan semua panah api dari si jahat, dan terimalah ketopong keselamatan  dan pedang Roh, yaitu Allah, dalam segala doa dan permohonan.

Berdoalah setiap waktu di dalam Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu dengan permohonan yang tidak putus-putusnya untuk segala orang Kudus.

Doa, doa dan doa supaya kehendak Tuhan yang terjadi bagi bumi bertuah Malaysia. Rakyat keseluruhannya dapat membezakan antara kaca dan pertama iaitu membuat pilihan yang berkenan di hadapan Tuhan. Iblis tidak lagi berkuasa malah pasti terikat lemah tidak berupaya dengan tipu dayanya.

Menjadi doa dan harapan kita semua di dalam doa yang sungguh-sungguh didalam Kristus segala sesuatu tidak mustahil terjadi bagi Dia.

Kita tidak beperang secara fizikal tetapi di dalam roh untuk melawan tipu daya iblis yang sentiasa berusaha menjerat mangsa yang leka. Mangsa disini ialah mereka-mereka yang leka dengan janji-janji manis pilihanraya, sebarang tawaran dunia, wang, pangkat, kuasa dan kesenangan sementara serta fana.

Pilihanraya kali ini, seluruh rakyat di Negara ini yang layak mengundi akan memilih pemimpin yang akan memimpin Negara ini untuk lima tahun akan datang.


Jangan kita mempersia-siakan peluang berdoa supaya lima tahun yang akan datang Negara ini dalam rencana Tuhan. Mari, rebutlah peluang dan saat ini berdoa untuk Negara kita.
22 Jan 2018

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Popular Posts